
PART 1
Habis paper yang bapak beli aku dah bulatkan. Ini bukan macam lagu budak-budak, bulat kecil bulatlah besar….sayang mama sayang papa, selamat malam. Aku bulatkan sebab ada tujuan. Nak cari kerja. Ingatkan, dengan Ijazah Matematik Kelas Kedua Atas, senang aku nak dapatkan kerja. Maybe aku bukan dikalangan kelas pertama, but still aku berbangga. Dalam malas-malas aku tu pun, result aku setiap semester, tetap 3 pointer. Ada gak la 2,3 kali aku dapat anugerah dekan. Kira ok la tu,kan? Kiranya masa aku kat U dulu agak rajin kalau nak dibandingkan dengan masa sekolah dulu. Walaupun sekolah aku tu memang sekolah terbaik di negeri aku, tapi result aku masa ujian macam suam-suam kuku saja. Bila dah nak SPM baru tergedik-gedik nak study. Cover silibus dari form 4 sampai form 5 dalam 1 malam. Subjek Add Math plak, aku bantai hafal rumus. Memang gila. Hasilnya, dapat gak la 5A dari 10 subjek. Hebat gak kan? Subjek yang lain, toksah tanyala. Pelbagai. Ada gred 3, 5, 6. 7 pun ada. Memang meriah.
Back to apa yang tengah aku buat. Nampaknya ada la 2,3 kerja yang menarik perhatian. Yang sesuai dengan ijazah pun ada, yang biasa-biasa pun ada. Yang ijazah, kita apply saja. Mana tau dapat. Yang biasa-biasa plak, kita apply jugak. Tapi untuk tampung kehidupan dulu sementara nak dapat kerja yang sesuai dengan ijazah. Huh! Susahnya nak hidup di muka bumi ni.
“ Mak, esok orang dah start nak cari kerja?” aku memulakan mukadimah kepada mak aku yang busy memasak.
“ Kerja apa?” Tanya Aunty Nas, merangkap mak aku yang terror memasak. Masaklah apa saja. Memang best!
“ Adala 2, 3 kerja yang sesuai. Tapi kerja yang besa-besa pun orang mintak gak. Cari duit poket…”terang aku panjang lebar.
“ Ha, eloklah tu. Cari pengalaman,” sampuk Uncle Bee, bekas guru matematik yang sangat digeruni masa dulu-dulu.
Hem…bapak pun dah setuju. So, esok aku akan bertindak!